![]() |
| Sumber n Kredit : WSB |
Blog Of The Month (BOTM) dari Komuniti WSB kini kembali! Fuhh lama aku nda update cerita pasal aktiviti-aktiviti WSB di sini. Tapi, perkembangan yang berlaku tetap juga aku tahu, ehe.
Okay BOTM Oktober 2011 kali ini bertemakan "Nama Pura" atau nama timangan kita yang diberi oleh keluarga atau rakan-rakan sedari kecil, dan nama ini digunakan dalam pergaulan seharian kita dengan mereka. Secara mudah, ianya adalah nama kedua kita yang digunakan dalam suasana 'tidak rasmi' (informal). Jadi, jangan guna nama ini ketika mengisi borang nikah, biasiswa apatah lagi diselit dalam CV atau Resume, haha.
Kriteria lanjut pasal BOTM ini boleh baca di [sini].
Dan ini pula adalah penyertaan aku untuk BOTM ini! Rasanya, macam ni lah kali pertama aku ikut BOTM, kan. Sebelum ni jadi juri ja, ehe3..
![]() |
| Gambar asal di [sini]. Link ke Entri BOTM Oktober WSB |
Info gambar: Diambil bersama bapa tercinta pada awal tahun 1990-an di sebelah Dewan Masyarakat Kota Marudu (model lama sebelum terbakar beberapa tahun lalu). Sekarang lebih tinggi sudah dari bapa, hua2.
Nama sebenar atau penuhku boleh cek di menu Biodata (haha) okay bagi siapa-siapa yang nda kenal lagi. Nama pura ku ada dua versi iaitu masing-masing nama panggilan dari keluarga sebelah bapa dan mama.
Versi Keluarga Sebelah Bapa
Ada satu nama panggilan;
Itong / Etong yang berasal dari perkataan Ah Tong. Sebab nama diberi ialah kerana rupaku masa budak-budak
Versi Keluarga Sebelah Mama
Ada dua nama panggilan;
Oyo'. Ini yang paling kerap digunakan oleh nenek-nenek/datuk-datuk, makcik-makcik, sepupu-sepupu,
Potitong. Ini agak kurang digunakan dan nama ni adalah ubahsuai (modifikasi) dari nama Itong/Etong tadi, ehe.
Okay, kamu sudah tahu nama puraku. Apa pula nama pura kamu semua? =D
Bonus: Pernah kena cerita, nenek/datuk sebelah bapa pernah cadang namaku masa kecil ialah Mustafa. Bincang punya bincang, akhirnya nama Mohammad Samizul (Mohd. Samizul) dipilih dan akan melekat sampai kiamat. Cuba kamu Google ada berapa ramai yang nama 'Samizul' ni, muahua3! XD







